Penerangan

Sejarah pembukaan Autopro bermula semenjak perbincangan peringkat awal pada tahun 2006. Cetusan ideanya oleh En. Hatta, pada... masa itu memegang jawatan Ketua Jabatan Unit Khas Automotif Perbadanan UsahawanNasional Berhad (PUNB).

Sokongan memang ada tetapi oleh kerana kebanyakan usahawan masih baru dalam perniagaan maka tujuan penubuhan ditangguhkan.Sehingga pada 25 November 2013 apabila tercetusnya " Deklarasi Jakarta" maka pada 27 Disember 2013, tertubuhlah Persatuan Usahawan Automotif Prosper Malaysia atau juga dikenali sebagai Autopro.

Pada 15 Mei 2014 YAB Perdana Menteri telah merasmikan penubuhan Autopro dan melancarkan Autopro Mobile Apps.

Bersyukur kita dengan kewujudan Autopro ini akan menjadi wadah yang baik buat penyatuan usahawan bumiputra khususnya dalam bidang automotif. Idea penubuhannya ditumpukan kepada bagaimana usahawan bumiputra boleh dibantu untuk berkembang dalam perniagaan mereka dengan Autopro berperanan sebagai alat pemantau sementara PUNB pula sebagai penyedia bantuan kewangan.


0 comments:

Post a Comment

APPS

APPS